Thursday, May 7, 2015

MEREPUT KETIKA SEM BREAK ?



Masa tengah serabut dengan assignment, the condition be like
 " Bila nak cuti sem ni? Alaaa!!! Cepatlah cuti sem T_T Nak balik!
nak balik! Tak kuat lahh nak hadap semua ni " :'( Am I right?
Penat letih, tak cukup tidur, tak cukup makan itu normal sebagai
seorang pelajar. Masa diri sendiri yang aturkan bukan mcm budak
sekolah bilamana dah pukul 10 mak dah suruh tutup lampu tidur 
padahal dalam bilik still hadap homework, tambahan pula zaman
teknologi yang serba canggih sekarang ni, haaaaa memang susah nak
siapkan homework tepat pada masanya. Duduk dalam bilik bukan 
buat homework, tapi hadap phone. Kan? hahahah. nasib baiklah
 zaman sekolah aku dah berlalu :D Tapi rindukan zaman tu :'(
Okay, balik kepada tajuk, 
" MEREPUT KETIKA SEM BREAK ? "  
Cuti semester? Wow, bestnya!” Siapa yang tak suka cuti. Cuti merupakan 
suatu nikmat yang sangat berharga. Kadang-kadang nikmat cuti ini 
disalahertikan. Ada yang menganggap cuti adalah tempat untuk membalas 
dendam kerana sudah penat bersusah payah di universiti. Waktu cuti adalah 
waktu untuk tidur dan tidak perlu memberatkan kepala untuk banyak berfikir. 
Cukuplah, sudah banyak berfikir dan menelaah di universiti. 
Betul ke mindsetting begini? Tidak. So, aku nak kongsikan
apa yang aku buat kat rumah *benda yang berfaedah :
As a fashion student, memang tak lain tak bukan mesti nak
menjahit kan? nak practice kasi pro kita punya jahitan tu.
So, aku decide mintak parents belikan mesin jahit. 
At least takdelah mereput makan tidur makan tidur je.
Then, aku practice guna Adobe Photoshop CS6 dimana pada sem 4 
nanti aku akan hadap benda yang sama macam sem 1, tapi lagi 
mendalam sedikit caranya. Aku practice cut gambar dengan smooth nya.
memang memerlukan kesabaran yang tinggi nak buat benda ni. Makan
masa jugak. Nanti dah sem 4 nanti takdelah terkial kial lembapnya
nak cut cut gambar ni hihihihi. Contoh : 



Tu tak cukup smooth dan tak puas hati lagi. 
Bab bab edit ni memang dah jadi hobi. Sampai ada
yang suruh editkan :) Boleh buat duit tau hahahahah.

Kebanyakan student bila sem break mesti ramai yang plan
nak gi situ nak gi sini. Nak jumpa kawan kawan nak
pergi date dengan kekasih hati? Aku? hahahahahahah!!
Mereput haa dekat rumah hadap lappy dengan mesin.
Maklumlah puteri bongsu sorang je dalam rumah ni.
Dapat keluar jumpa kawan kawan pun tak selalu.
Lesen pun takde, nak amik takuttttt hahahahaaha
sampai bila tah nak takut. Tu jelah yang aku
nak kongsikan. hihihihihi, terima kasih sebab sudi baca :)

YA ALLAH, berikanlah keputusan yang cemerlang kepada
NURUL IZZATI BINTI ABU BAKAR dan rakan
seperjuangannya pada sem 2 ini. Amin ya rabbal alamin :')