Wednesday, January 25, 2017

PENGALAMAN MENGERJAKAN UMRAH 2016 | OKTOBER

ASSALAMUALAIKUM....
Okay, setelah beberapa bulan berlalu baru ada masa nak update blog
nak share sedikit sebanyak mana yang zaty boleh share sepanjang 
perjalanan umrah zaty bersama MR TRAVEL :) Habis je sem, tak smpai
sebulan tetiba mak plan nak pergi. Betul kata orang kalau dah smpai 
seru kita akan pergi jugak kan tidak kira sedia ke tidak alhamdulillah, rezeki
tahun lepas hujung bulan 10 pergi jugak bersyukur sangat dengan kos
perbelanjaan yang ditanggung abah even abah tak pergi sebab jaga rumah 
dengan kucing dekat rumah hihihi in shaa allah ada rezeki kita pergi semua
sekali satu family :') amin ya ALLAH.............................. 




 First day yang zaty ingat zaty bertolak ke KLIA awal sebab nak elak jem
apa semua bagus sebenarnya pergi/standby awal dkt airport kot kot ada masalah
lain menimpa kita tak tahu kan. Tapi alhamdulillah ALLAH permudahkan 
perjalanan zaty sekeluarga berjalan lancar. Solat maghrib di sana. Tiket
pukul 1 pagi. Apa? Excited? Awal sangat? Cakap lah apa nak cakap.
First time sepanjang hidup memang lah excited hahahaha  !
Pukul 12.45malam cmtu dah kena naik flight dah sebab ramai.
Zaty naik flight emirate. Serius ni first time naik flight ALLAH dah bagi
ujian hmmmm tak kuat sangat time tu sebab seat jauh sangat dengan mak,
along. Muntah 2,3 kali dalam fligh mabuk flight kot. Hadap je sabar je time
tu. Pastu transit Dubai nak turun tu pun muntah lagi :'( Gerak dari Dubai ke Mekah
dalam pukul 11pagi cmtu. So sampai Mekah dalam pukul 1 lebih tak silap. Btw 
dalam flight perjalanan dari Dubai ke Mekah tu mutawif dah arahkan kami 
untuk niat umrah :) Time tu dah kena laa jaga pantang larang ape semua 
yang boleh batalkan niat umrah korang. Sampai je dekat airport 
tu takut sangat sebab dia punya polis ke penjaga ape semua muka serius weh.
Time nak check dekat imegresen tu bagi salam sebelum kasi korang punya
passport. Habis check ape semua baru laaa keluar tunggu bas pulak.
 Okay kat sini nak pesan time tu akan ada orang indon datang dkt korang
untuk jual sim. Depends laa dkt korang nak beli ke tak. Zaty , dengan along zaty
beli terus sebab nak mudah kan nak call ape semua. Nombor tu ada internet sekali.
Tahan 6 hari tak silap. Kalau selalu guna internet cepatlah habis haha. Kat sana
topup susah sikit nak cari. Ada mmg ada tapi kedai dia tak bnyak.

Lepas solat zohor dkt hotel tu, kami bertolak ke Masjidil Haram untuk tunaikan
umrah kami yang pertama. Nak tahu pengalaman zaty tawaf ka'abah?
Sepanjang tawaf tu pegang jee tangan mak tak lepas berpeluh2 tangan hihi
Takut weh dengan orang arab besau2 dengan orang lain pegang bahu kita tarik
telekung kita ya ALLAH time tu allah je tahu apa yang kita rasa. Nak marah
tak boleh nak maki lagi laa jangan tempat suci tu kan. Diam aje teruskan je tawaf tu.
Lepastu saie diteruskan lagi dengan tahlul sampai lah isyak alhamdulillah
selesai first umrah. Tak susah pun sebab masa tak pergi lagi tu,
macam2 fikir takut hilang takut lupa step ape semua. Alhamdulillah,
ALLAH permudahkan. Keesokan harinya, pergi solat Subuh di Majidil Haram.
Ya ALLAH sejuk sangat dalam tu. Tak kira laa siang ke pagi ke malam ke memang
sentiasa sejuk 24 jam. Zaty nak share sikit lah makanan dekat hotel ok je
boleh laa telan tapi kalau takde selera tu, prepare laa bawak
maggie cup dari Malaysia siap2. Then kalau still takde selera nak makan,
ada kedai D'Saji Mekah di tingkat dua, bangunan Al-Safwa Tower
berhadapan MasjidilHaram. Kat situ mcm mcm ada. Teh tarik ada, roti canai ada
sambal sotong ada, baskin robbin pun ade hahahahaha tapi cuba try 
aiskrim tepi jalan tu pun lagi lagi sedap. 5 riyal satu aiskrim dappp angat 
sampai sekarang takleh lupa :'( KFC pun ada depan masjidilharam tu.
Makan jangan tak makan jangan bagi perut tu kosong ok?


Masa saie


Time ni baru habis umrah lepas isyak baru balik baru amik gambar


Mak and makcik satu bilik dari Pahang


Kedai Aiskrim yang zaty cakap tu :*


Time ni dekat Taif




Di Jabal Rahmah


Kawasan penternakan unta


Nasi dengan lauk sotong hahahahah

Zaty sedih sebab hari ke 4 kat situ zaty dh tak boleh nak buat umrah
dah. Sempat buat 3 kali je umrah sebab (faham faham sendiri) Bagi
perempuan yang ada masalah period tu boleh pergi klinik mintak
injection/pil. Zaty galakkan injection je terus sebab kalau pil takut
lupa nak makan. Then pil mabuk pun jangan lupa bawak sebab takut mabuk
masa naik flight tu takpun masa naik bas time ziarah di mekah & madinah.
Hari last di Mekah tu sedih sangat menangis sebab kalau boleh taknak
tinggalkan Kota Mekah, taknak tinggalkan Masjidilharam, kalau boleh
hari hari nak solat dekat sana depan Ka'abah serious talk sekarang tak rasa
tapi hari last tu korang yg boleh i mean yg tidak uzur tu kena buat tawaf
selamat tinggal. Time tu lah menangis time tu lah rasa bersyukur sangat
sebab dpt jugak jejakkan kaki dkt sana. Yg uzur boleh duduk luar dari 
masjidilharam dan baca doa2 yg ada dalam buku. Then bangun, jalan
terus jangan tgok dah masjidilharam tu (kalau zati lah) sebab perasaan 
sedih, sebak akan datang air mata pun akan jatuh tiba2 :'( ;'( ;'(
Takpe, ada rezeki kita datang lagi in shaa ALLAH :'')
Lepas buat tawaf selamat tinggal tu, korang dh kena ikut LARANGAN YANG
TAK BOLEH DIBUAT salah satunya tidur hahahahahahah memang
letih time tapi kena tahan sampai lah korang ada dalam bas ! ^_^
So 5-6 hari di Mekah hari ke tujuh dah gerak ke Madinah. Alhamdulillah.
Perjalanan dari Mekah ke Madinah makan masa dalam 5/6 jugak lah. Lamakan?
Bertabahlah hihi. Zaty smpai kat Madinah time tu malam dalam pukul 11 lebih kot
Cuaca kat sana memang sejuk. 11 darjah celcius. Time malam lah.
Siang kat sana biasa biasa je tak panas sgt tak sejuk sangat. Then
sampai tu terus tido hahahaha sebab dah letih hihi :)









Hari kelapan tu dah ada program Ziarah Dalam iaitu di kawasan sekitar
Masjid Nabawi iaitu makam Rasulullah SAW, para sahabat dan perkuburan Baqi'
Malam tu pulak pergi Raudhah. Takde rezeki kalini nak masuk hmm 
sedih sangat :'( Dapat duduk luar pun ok lah :') Jaga selipar makcik2 yang masuk tu
hihihihi. Hari ke 12 tu dah balik Malaysia. Okay tu je yang zati nak share dengan korang :)
Kalau nak tnye , boleh tinggalkan chat di box kiri ye :)


PESANAN :
➤ Bawak ubat ubatan penting contoh ubat darah tinggi,
asma ke. Panadol, ubat deman batuk selsema sakit kepala
period pain, pil mabuk bawak secukupnya.
➤ Lip balm sangat penting sebab bibir korang memang
akan kering dkt sana sebab sejuk.
 ➤ Bawak maggie cup kotkot takde selere ke nak makan kat sana
➤ Serbuk air 3 in 1 tu pun bawak jee okayyy
-Stokin bawak bnyak sikit okay :)
➤ Kalau boleh time tawaf tu yang perempuan pakai
sarung tangan yg ada cincin supaya takde laa nmpak lengan kita
time melambai tu nanti lengan akan jatuh sebab tu
aurat boleh terbatal jugak nanti *just share :)
➤ Yg perempuan time pakai jubah pakai seluar, sebab takut
angin nanti terbang ke atas pulak jubah tu hahahaha

No comments: